BM | EN | 中文

‘Bos’ Ops Johor, Khaled Nordin juga langgar SOP – Setiausaha ahli parlimen Batu Pahat

rashid-hasnon-ops-johor.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 23 JUL: Pengendali laman facebook Ops Johor diminta agar bertanya terlebih dahulu kepada ‘bos mereka’, iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang didakwa turut melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Setiausaha sulit kepada ahli parlimen Batu Pahat, Mohd Zaihan Mohd Zainal memberi penjelasan dalam hantaran di laman facebook beliau mengenai gambar Datuk Mohd Rashid Hasnon sedang menikmati juadah, yang ditularkan laman facebook itu.

“Saya ingin menjelaskan, ini gambar seorang bapa, ibu dan anak makan semeja dalam rumah homestay yang dikatakan sebagai langgar SOP.

Advertisement

“Gambar yang sedang viral itu diambil awal pagi sebelum sesi penyembelihan (upacara korban) tersebut bersama isteri dan anak beliau ketika menjamu hidangan ‘mentong’ (kata orang Johor) ataupun ‘supper’ kata orang putih.
.
“Malah, kalau Ops Johor nak cerita bab SOP, lebih baik dia tanya bikbos mereka Khaled Nordin yang di’viral’kan terlebih dahulu melanggar SOP beberapa hari lalu,” kata Mohd Zaihan.

Beliau menjelaskan, Mohd Rashid Hasnon bersama isterinya Datin Azizah Haron dan anak bongsu beliau makan semeja sementara menunggu  sesi sembelihan lembu korban.
.
Menurut Mohd Zaihan, program korban berlangsung di Pusat Penyembelihan di Rengit, Batu Pahat mengikut SOP ditetapkan kerajaan negeri Johor.

Ujarnya, selain menyumbang lembu korban Mohd Rashid Hasnon juga melakukan penyembelihan dengan acara bermula pada jam 3.00 pagi.

Advertisement

“Persoalannya, dimanakah yang dikatakan kononnya YB Dato Rashid melanggar SOP?

“Lokasi itu berada di dalam kawasan Parlimen Batu Pahat.

“Khaled Nordin semasa menjadi YAB MB Johor telah kalah PRU-14 di dua kerusi iaitu kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kerusi DUN Permas.

Advertisement

“Beliau lunyai dengan majoriti 36,889 undi di Parlimen Pasir Gudang. Lebih memalukan ditewaskan di tempat beliau sendiri di DUN Permas dengan majoriti 8,746.

“Justeru, untuk makluman Ops Johor, YB Dato Rashid berada di kawasan parlimennya sendiri dan makan pula semeja dengan anak dan isterinya,” kata Mohd Zaihan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top