BM | EN | 中文

Bomba terus operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram

kebakaran-terbuka.jpg

Tapak pelupusan sampah haram yang terbakar di Bandar Dato' Onn.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JAN: Bomba masih meneruskan usaha memadam kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah haram berhampiran Pangsapuri Bandar Dato’ Onn, di sini sejak petang semalam.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Saiful Bahri Safar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada jam 2.32 petang, semalam.

Katanya, operasi pemadaman kebakaran itu masih diteruskan sehingga kini.

Advertisement

“Kebakaran itu berlaku di tapak pelupusan sampah haram berkeluasan 100×10 meter.

“Sehingga kini, dianggarkan 90 peratus daripada kebakaran tersebut telah berjaya dipadamkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top