KOTA TINGGI, 20 DIS : Seekor ular sawa sepanjang lebih kurang 13 kaki ditangkap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sebuah rumah di Jalan Makmur, Felda Sungai Sayong, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.41 pagi itu, reptilia tersebut dijumpai bersembunyi di atas siling rumah berkenaan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan, pihaknya mengambil tindakan menangkap ular tersebut menggunakan penjerut sebelum melepaskannya di tempat yang selamat.
“Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.41 pagi semalam dan lima orang anggota bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, setibanya Pasukan Tindakan Operasi (PTO) di lokasi kejadian, didapati
benar seekor ular sawa sepanjang lebih kurang 13 kaki berada di atas siling rumah berkenaan.
“Tiada kecedaran dilaporkan manakala kesemua penghuni di rumah tersebut selamat pada waktu kejadian,” katanya lagi.
Johorkini