BM | EN | 中文

Bomba siap siaga hadapi cuaca melampau, bencana alam

BOMBA-PENYELAMAT-1024x479.jpg
Advertisement

LABUAN, 12 OKT: Sejumlah 12,000 anggota bomba di seluruh negara siap siaga bagi menghadapi musim monsun timur laut yang akan datang, dengan enam negeri dijangka mengalami banjir, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata, jabatan itu telah meningkatkan keupayaan logistik dan tenaga kerjanya untuk bertindak balas dengan berkesan serta membantu orang ramai sekiranya berlaku bencana.

“Kami telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi mengenai monsun akhir tahun (monsun timur laut) yang bermula bulan depan.

Advertisement

“Enam negeri termasuk Sabah diramal mengalami cuaca buruk dan kemungkinan bencana banjir. Kami sudah bersedia dan jika keadaan bertambah buruk, kami akan mendapatkan bantuan dari negeri berhampiran,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada penganugerahan pingat jabatan dan perkhidmatan cemerlang di sini Ahad lalu.

Mohammad Hamdan berkata, enam negeri yang diberikan tumpuan ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Advertisement

Beliau juga berkata, sejak Januari lalu, jabatan itu telah menerima 115,000 panggilan kecemasan dari seluruh negara.

“Secara purata, kami menjawab kira-kira 400 panggilan kecemasan setiap hari dan kami tidak pernah menyangka bahawa semasa pandemik Covid-19, kami akan menerima jumlah panggilan kecemasan yang begitu tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Mohammad Hamdan berkata, kira-kira 1,300 anggota bomba di seluruh negara telah diuji positif Covid-19 yang kebanyakannya membabitkan jangkitan dalam komuniti.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top