BM | EN | 中文

Bomba Selangor pasang alatan menyelamat di lokasi berisiko kejadian lemas

Bomba-Selangor-pasang-alat-menyelamat-di-kawasan-rekreasi-air.jpg

Gambar Ehsan Bomba Selangor

Advertisement

HULU SELANGOR, 27 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor akan menempatkan peralatan menyelamat di air yang dihasilkan sendiri daripada bahan kitar semula di lokasi berisiko tinggi kejadian lemas termasuk di kawasan rekreasi.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata Peralatan Menyelamat Asas Di Air Dari Bahan Kitar Semula atau ‘Reward’ itu dihasilkan menggunakan tiub tayar kereta bagi menggantikan pelampung dan bekas tong air bagi menggantikan boya yang diikat bersama-sama dengan tali.

Beliau berkata, Reward dihasilkan dengan kos minimum namun mempunyai nilai tinggi dari segi kegunaannya apabila berlaku kejadian yang tidak diduga.

Advertisement

“Peralatan berkenaan boleh dikendalikan orang awam sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan dan jika peralatan itu mengalami sebarang kerosakan ataupun kehilangan, ia mudah digantikan kerana diperbuat daripada bahan kitar semula yang mudah dicari.

“Mengikut rekod bomba, dari tahun 2016 hingga 2020, kes kematian lemas di kawasan berisiko termasuk pantai, pembetung, tali air, tasik dan air terjun mencecah 175 kematian di Selangor,” katanya selepas Majlis Pelancaran Reward di Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam baru-baru ini.

Norazam dilaporkan Bernama sebagai berkata, antara kawasan berisiko yang bakal dilengkapkan dengan peralatan itu ialah Sungai Kanching di Rawang, Empangan Semenyih, Empangan Taman Putra Perdana di Puchong, Jambatan Stesen KTM di Sungai Buloh, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Timah di Bukit Beruntung, Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu dan Sungai Gasi di Sungai Buloh.

Advertisement

“Secara keseluruhan, sebanyak 63 kematian akibat lemas dicatatkan di kawasan yang sudah dikenal pasti sebagai berisiko,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri pegawai Jabatan Perhutanan itu, JBPM melakukan gimik menyelamat mangsa menggunakan Reward,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top