BM | EN | 中文

Bomba selamatkan wanita terperangkap

anggota-bomba-terperangkap-01-scaled.jpg

Anggota bomba melakukan operasi membantu wanita berkenaan yang terperangkap diantara pintu rumahnya dan jeriji besi dalam kejadian di tingkat 20, Vila Indah, Tampoi, pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB : Gara-gara tertinggal kunci, seorang wanita terpaksa meminta bantuan pihak bomba selepas terperangkap diantara pintu rumahnya dan jeriji besi dalam kejadian di tingkat 20, Vila Indah, Tampoi, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Nazarudin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.18 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera dan dua unit motosikal bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan keluaran operasi dilokasi kejadian didapati benar terdapat mangsa perempuan berusia 49 tahun terperangkap diantara pintu hadapan rumah dan jeriji besi.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan operasi ditamatkan pada jam 7.20 pagi,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top