BM | EN | 中文

Bomba selamatkan lapan mangsa sesat di Empangan Juasseh

IMG-20200214-WA0033.jpg

SEGAMAT, 15 FEB: Bomba berjaya menyelamatkan sembilan orang mangsa yang tersesat ketika menjalankan operasi bersepadu khazanah di Empangan Juasseh, Labis, semalam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi.

Katanya, ekoran itu sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan EMRS, satu kenderaan utiliti dan satu bot aluminium dari BBP Labis dan BBP Bandar Baru Segamat dengan kekuatan seramai sebelas anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kejadian mangsa sesat di kawasan Empangan Juasseh, Labis.

“Terdapat sembilan orang mangsa iaitu tiga kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Johor, empat anggota Batalion 3 PGA, Bidor, Perak, satu kakitangan Pejabat Hutan Labis dan satu kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu darat dan air. Ketika operasi SAR sedang dilakukan, salah seorang mangsa berjaya menghantar posisi sebenar mereka ke Pejabat Perhilitan Juasseh.

“Pasukan SAR bergerak ke lokasi yang diberi menggunakan sebuah bot aluminium dari BBP Bandar Baru Segamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa tersebut sedang menjalankan Operasi Bersepadu Khazanah sebelum tersesat. Mangsa kemudian berjaya ditemui pada jam 10.09 pagi dan dibawa ke Jeti Empangan Juasseh.

Jelasnya lagi, kesemua mangsa selamat sampai di jeti pada jam 10.24 pagi manakala operasi ditamatkan pada jam 11.17 pagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top