BM | EN | 中文

BOMBA SELAMATKAN KUCING LIAR JATUH LONGKANG

IMG-20191122-WA0018.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 NOV : Pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam bagi melakukan khidmat khas menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang di Sungai Segget Jalan Wong Ah Fook, pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II  Nazarudin Yusof berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 9.19 pagi dari orang awam.

Katanya, susulan itu seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja menyelamat.

Advertisement

“Orang awam telah menghubungi pihak bomba kerana terdapatnya kucing terjatuh ke dalam longkang pada kedalaman 6 meter.

“Pihak bomba mengambil masa satu jam kerana kucing berkenaan adalah kucing liar di mana cubaan pertama kucing tersebut cuma berada di tepi tebing sahaja.

“Kemudian kehadiran pihak bomba yang turun ke bawah membuatkan kucing itu takut dan berenang jauh ke dalam terowong sungai. Anggota terpaksa redah air paras dada mengunakan jaket keselamatan, tali dan tangga,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, haiwan tersebut yang berjaya diselamatkan dibawa pulang ke balai dimandikan serta diberikan makanan.

Jelasnya, tiada sebarang kecederaan sepanjang usaha tersebut dan operasi ditamatkan pada jam 10.28 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top