BM | EN | 中文

Bomba selamatkan kanak-kanak hanyut selepas jatuh dalam parit di Tangkak

bomba.png

Gambar Ehsan FB Bomba JDT

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam parit di Taman Tangkak Jaya dekat Tangkak, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata kejadian dipercayai berlaku semasa kanak-kanak itu cuba menyelamatkan adik lelakinya yang tergelincir ke dalam parit ketika cuba mengambil selipar yang jatuh.

Beliau berkata kanak-kanak itu kemudiannya jatuh sebelum dibawa arus deras, manakala adiknya sempat ditarik orang awam yang melihat kejadian.

Advertisement

Katanya 10 anggota bomba bersama sebuah jentera balai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.15 petang, dan selepas mencari selama kira-kira setengah jam kemudian, barulah kanak-kanak itu ditemukan.

Beliau yang dihubungi malam ini berkata bomba menemukan kanak-kanak itu dalam keadaan kesejukan dan berjaya dinaikkan ke tebing parit menggunakan tali khas, sebelum dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top