BM | EN | 中文

Bomba selamatkan kanak-kanak dua tahun terperangkap dalam kereta

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 FEB: Seorang kanak-kanak dua tahun yang terperangkap di dalam kereta berjaya diselamatkan bomba dalam kejadian di Taman Dahlia, di sini kelmarin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Razak Saat berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mangsa terperangkap melalui talian MERS999 pada jam 9.16 pagi.

Menurutnya, satu jentera EMRS dan tiga unit motosikal bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan seramai enam orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan keluaran operasi dilokasi kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa terperangkap didalam sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

“Mangsa iaitu kanak-kanak berusia dua tahun didalam kereta tersebut berjaya diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ahli keluarga.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top