BM | EN | 中文

Bomba selamatkan kanak-kanak berusia 2 tahun terperangkap dalam kereta

jnk-1-scaled.jpg

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terperangkap dalam Myvi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun berdepan detik cemas setelah terperangkap dalam kenderaan jenis Perodua Myvi dalam satu kejadian di stesen minyak Caltex, bersebelahan bangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Zulkarnain Arifin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.03 pagi.

“Selepas mendapat panggilan tersebut, seramai lima pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati seorang kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kenderaan tersebut.

Advertisement

“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kanak-kanak perempuan tersebut dalam keadaan selamat dan operasi ditamatkan pada jam 8.18 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top