BOMBA SELAMATKAN DUA WANITA SESAT DI BUKIT BOTAK
Dua wanita yang sesat dan diselamatkan bomba

BOMBA SELAMATKAN DUA WANITA SESAT DI BUKIT BOTAK

BATU PAHAT, 4 DIS: Dua wanita berusia 40 tahun berdepan detik cemas apabila tersesat dalam kebun kelapa sawit di Bukit Payung, Parit Sulong, di sini selama lebih satu jam.

Pegawai Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Muhammad Syamil Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada suspek pada pukul 12.28 tengah hari, hari ini.

Katanya, kedua-dua wanita berusia 40 tahun itu menaiki Bukit Botak sebelum gagal menemui jalan keluar dan bertindak membuat panggilan kecemasan.

“Anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian terus memulakan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 1 petang sebelum menemui kedua-dua mangsa kira-kira 20 minit kemudian.

“Operasi pencarian yang dibuat menggunakan kaedah siren jentera dan ‘fan searching’, selain menggunakan aplikasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )