BM | EN | 中文

BOMBA SELAMATKAN ANJING JATUH PEMBENTUNG

anjing.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV : Seekor anjing yang terjatuh dalam lubang pembentung sedalam dua meter berjaya diselamatkan anggota bomba dalam operasi khidmat khas dilakukan di Perindustrian Pandan, petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 1.24 petang.

Menurutnya, seramai enam orang anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Orang Awam telah menghubungi pihak bomba dan memaklumkan terdapat seekor anjing jatuh dalam pembentung pada kedalaman kira-kira 2 meter dan 4 kaki persegi.

“Pada permulaan operasi, anjing itu melarikan diri masuk ke dalam saliran setelah ternampak bomba. Bomba kemudian membuat semburan air menggunakan hose untuk menolak anjing itu kembali semula ke lubang utama pembentung tersebut.

“Selepas anjing itu muncul semula, dua orang anggota turun ke lubang utama itu menggunakan satu gulung hose pendek di belakang jentera untuk menaikkan anjing tersebut,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, setelah selamat dinaikkan, anjing tersebut melarikkan diri dan operasi ditamatkan pada jam 1.55 petang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top