BM | EN | 中文

Bomba pujuk wanita 25 tahun cuba bunuh diri di Teluk Rimba, Tangkak

bomba-logo-01-scaled.jpg
Advertisement

MUAR, 31 DIS: Bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang nekad mahu membunuh dirinya dalam satu kejadian di Jalan Parit Penghulu Salam, Teluk Rimba, Tangkak, di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Radin Hamimah Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.

“Sebaik menerima laporan kejadian tersebut, bomba bergegas ke lokasi sebelum menemui seorang wanita berdiri di atas tali air sungai dalam cubaan membunuh diri.

Advertisement

“Selepas memujuk mangsa kira-kira satu jam, mangsa kemudian bersetuju untuk menghentikan cubaan membunuh diri itu.

“Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental kemudian dibawa ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top