BM | EN | 中文

BOMBA MALAYSIA PAMER KEHEBATAN DI READY WEEK SINGAPURA

bomba.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 DIS: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) mempamerkan kehebatan dalam pertandingan ‘Singapore – Global Firefighters and Paramedics Challenge (SGFPC) 2019’.

Pertandingan tersebut berlangsung dari 21 hingga 23 November lalu bertempat di Expo Singapore, Changi bersempena program Singapore Civil Defence Force (SCDF) Ready Week 2019, baru-baru ini.

JBPM telah menghantar seramai 13 peserta dan kontijen Malaysia diketuai Penolong Pesuruhjaya Bomba Morni Mamat, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi, Bahagian Operasi JBPM.

Advertisement

Pada program yang berlangsung selama tiga hari itu terdapat pelbagai program Insaraf Global Response bagi mendapatkan kemahiran selain menguji kebolehan pasukan dalam menangani sesuatu insiden.

Antaranya program First Responders Safety and Performance Symposium, Lawatan Keselamatan Bangunan ke Jewel, dekat Changi, Singapura.

JPBM turut menyertai pertandingan bagi menguji kekuatan fizikal, mental dan taktikal bagi kategori Braveheart Challenge, Rip it Off dan Braveheart Team Challenge.

Advertisement

Untuk pertandingan Braveheart Challenge, JBPM diwakili PB Kamaruddin Padin, dan berjaya ke peringkat akhir.

Manakala, bagi kategori Rip it Off pula disertai empat orang dari setiap negara termasuk peserta dari Western Australia, Indonesia dan tuan rumah Singapura.

Dalam pada itu, video pasukan JPBM dalam pertandingan itu tular di media sosial, apabila berjaya mendahului beberapa pasukan dalam pertandingan kategori Rip it Off.

Advertisement

Video yang dimuatnaik pada laman Facebook JPBM dan berdurasi tiga minit itu menayangkan anggota penyelamat berjaya memotong bumbung kenderaan serbaguna (MPV), bagi menyelamatkan mangsa kemalangan yang terperangkap.

“Wah, pasukan Bomba Malaysia sudah berjaya mengalihkan bumbung. Beri tepukan,” ulas pengacara pertandingan tersebut.

“Mesti fikir pelbagai cara untuk menyelamatkan keadaan. Ini menunjukkan keperluan memeriksa peralatan kerana setiap kemalangan ada dinamin dan kelainan,” kata seorang lagi pengulas.

Advertisement

Kepantasan anggota-anggota JPBM melakukan ‘operasi menyelamat’ itu turut mendapat pujian warganet dalam ruangan komen Facebook JPBM.

“Nampak sangat pantas dan cekap. Bangga weh,” tulis Siti Mariam Zulkifli Ramond.

“Apa pasukan yang lain buat tu? Ya ampun lamanya. Kita dah siap, dia potong bumbung pun belum. Apa pun tahniah kepada pasukan Malaysia,” kata Umi PrinCess Athirah.

Advertisement

Pasukan JBPM yang diketuai Penolong Penguasa Bomba, Muhamad Yassir Adnan berjaya merangkul tempat ketiga daripada 11 buah negara dan 14 pasukan yang bertanding.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top