BM | EN | 中文

BOMBA: KEBAKARAN HUTAN GELANG PATAH SUDAH DIPADAM 75 PERATUS

operasi-padam-kebakaran-gelang-patah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, dekat Gelang Patah, telah berjaya dipadamkan sehingga 75 peratus, lapor Bernama.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Mohamad Faizul Selamat berkata operasi hari ini disertai 140 anggota dan 30 aset JBPM yang turut dibantu pelbagai agensi lain.

“Kekuatan anggota dan aset sama seperti semalam. Kita yakin keluasan pemadaman dapat ditingkatkan lagi hari ini,” Mohamad Faizul dipetik oleh Bernama.

Advertisement

Mohamad Faizul berkata operasi pemadaman dilakukan tanpa henti selama 24 jam sejak 21 Ogos.

Bomba, katanya, masih meneruskan teknik ‘banjir sepenuhnya’, semburan langsung serta ‘fire break’ iaitu mewujudkan parit berair bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top