BM | EN | 中文

Bomba Johor terima 36 panggilan kecemasan pada 1 Syawal

BOMBA-PENYELAMAT-1024x479.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor menerima sebanyak 36 panggilan kecemasan bagi tempoh semalam.

Jurucakapnya, berkata ia terdiri daripada 18 maklumat kebakaran, empat kejadian penyelamatan, 12 khidmat khas kemanusiaan dan dua tugas khas.

Beliau dilaporkan Berita Harian berkata, tiada sebarang panggilan palsu diterima semalam.

Advertisement

“Bagi kes kebakaran membabitkan empat kes kebakaran struktur, enam kebakaran elektrik dan lapan kebakaran terbuka.

“Bagi panggilan penyelamatan, ia membabitkan dua panggilan kemalangan jalan raya, satu cubaan bunuh diri dan satu bantuan Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Sementara, bagi penggilan khidmat khas kemanusiaan, ia membabitkan tujuh kes menangkap atau menyelamat binatang, tiga kes memusnah sarang serangga berbisa, satu aduan pokok tumbang dan satu tumpahan minyak.

Advertisement

“Dua panggilan tugas khas pula membabitkan operasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top