BM | EN | 中文

Bomba Johor terima 113 pegawai baru

bomba-2.jpg

Yahya (kiri) ketika menderma darah pada program Bomba Prihatin Masyakat Sihat

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor menerima seramai 113 pegawai baru yang akan bertugas di sekitar negeri ini.

Pengarahnya, Yahya Madis berkata, kesemua pegawai ini merupakan mereka daripada Akademi Bomba dan Penyelamat Sarawak melibatkan 46 orang diikuti Sabah (54) orang dan Wilayah Timur (59) orang.

Katanya, pegawai-pegawai tersebut akan di tempatkan di 32 buah balai di seluruh negeri Johor termasuk tiga balai baru di Punggai, Sungai Rengit dan Sebana Cove.

Advertisement

“Keutamaan akan diberikan untuk memenuhkan penjawatan di tiga buah balai baru bagi memastikan dapat menangani jika berlaku apa-apa kecemasan terutamanya di sekitar kawasan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

“Pegawai bomba yang berpengalaman akan ditempatkan di balai-balai baru ini dimana pegawai-pegawai baru akan mendapat pengalaman di balai-balai yang telah dikosongkan oleh rakan-rakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media sebelum menghadiri program Bomba Prihatin Masyarakat Sihat (Derma Darah) dengan kerjasama KPJ Johor di hotel Grand Paragon, di sini, hari ini.

Advertisement

Program tersebut merupakan salah satu kursus penyesuaian bagi pegawai-pegawai bomba baru yang mana seramai 100 orang dijangka menderma darah.

Yahya berkata, pegawai-pegawai baru ini telah menamatkan latihan mereka dari akademi masing-masing dan kursus penyesuaian ini dilakukan bagi mendapatkan gambaran tentang budaya setempat, sebelum mula bertugas.

“Selain daripada majlis tersebut, antara program lain yang diadakan termasuklah gotong-royong terutamanya di kawasan yang terjejas banjir, selain sesi penyesuaian untuk operasi menyelamat di laut, kawasan sungai, rekreasi tasik dan gunung,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top