BM | EN | 中文

Bomba Johor selamatkan RM10.5 juta taksiran harta dari kebakaran sepanjang 2019

yahaya-3.jpg

Yahaya menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan Johorkini, Siti Nabila Ahmad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB : Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor telah menyelamatkan RM10.5 juta jumlah taksiran harta dari kejadian kebakaran sepanjang tahun lalu.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 81 peratus berbanding 2018

Katanya, peningkatan tersebut amat positif, dan menunjukan kemajuan yang amat baik.

Advertisement

“Pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) Response Time dibawah 10 minit yang menjadi tanda aras nasional telah menunjukan peningkatan sebanyak 3.82 peratus berbanding tahun 2018. KPI JBPM Negeri Johor adalah sebanyak 8.15 peratus berbanding 2018.

“Purata national average response time JBPM dicatatkan pada 14.24 minit, iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding dengan pencapaian tahun 2018.

“Manakala JBPM Negeri Johor pula mencatatkan 13.25 minit iaitu peningkatan sebanyak 12.69 peratus berbanding tahun 2018,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 di Ibu Pejabat JBPM negeri Johor, hari ini.

Tambahnya, peningkatan positif pencapaian itu adalah disebabkan oleh pembangunan ‘fire cover’ yang sejajar dengan indeks risiko kebakaran yang ditetapkan.

Jelasnya, pencapaian berkenaan banyak disumbangkan oleh pertambahan balai bomba baharu yang beroperasi pada tahun lalu.

Advertisement

“Di samping itu, pembaharuan strategi mempercepatkan tim responders ke tempat kecemasan dan perlaksanaan ‘pre-planning’ berterusan, merupakan salah satu faktor yang membantu outcome ini.

“Kita percaya senario ini akan bertambah baik, apabila perlaksanaan OKK atau Organisasi Keselamatan Kebakaran di premis ditetapkan dan tadbir urus PBS mengikut keperluan peraturan dibawah Akta 341, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 pindaan 2018, serta perlantikan pegawai bomba Bantuan dikawasan berisiko, dikuatkuasa dan dilaksanakan sepenuhnya dalam tahun 2020,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top