BM | EN | 中文

Bomba Johor sahkan wujud sisa buangan industri di tali air Kampung Baru Sri Aman

hazmat-bomba-kulai-johor-seelong-pencemaran.jpg

Gambar Ehsan Majlis Perbandaran Kulai

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini mengesahkan terdapat kewujudan sisa buangan industri di tali air Kampung Baru Sri Aman dekat sine malam tadi, sehingga menyebabkan ada penduduk sesak nafas manakala yang lain dipindahkan ke balai raya berdekatan, sejak tengah malam tadi.

Pengarah JBPM negeri Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya mengesyaki terdapat bahan kimia yang mengeluarkan bau seperti minyak diesel, dipercayai berpunca dari tali air Sungai Tawakal hingga Sungai Pandan melibatkan kawasan seluas radius satu kilometer.

Beliau berkata JBPM bertindak membuat pengepungan di air menggunakan alat bom water bagi mengelakkan pencemaran itu mengalir.

Advertisement

“Klta mengesan ada sisa buangan yang kelihatan seperti minyak hitam dan yang pasti alat pengesan kita mengesan ‘methyl alcohol termasuk methanol’.

“Sehingga 11 pagi tadi, keadaan dilaporkan terkawal dan semua 102 penduduk daripada 25 keluarga yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru dan mengikut keadaan sekarang ini, mereka boleh pulang dalam masa terdekat,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di kampung berkenaan, di sini hari ini.

Sejak malam tadi, Yahaya berkata seramai 40 pegawai dan anggotanya dikerahkan ke kawasan tersebut.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, dua wanita berusia 20an dan 40an sesak nafas manakala 102 penduduk daripada 25 keluarga dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.

Hasil siasatan awal malam tadi, pihak bomba mengesyaki tumpahan yang ditemui di sungai berhampiran adalah methyl alcohol, sejenis bahan buangan berjadual dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top