BM | EN | 中文

BOMBA JOHOR PERLU DILENGKAPI PERALATAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT – EXCO

operasi-padam-kebakaran-gelang-patah-ditamatkan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 SEPT: Kerajaan Johor akan mencadangkan supaya Putrajaya melengkapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri dengan kelengkapan bersesuaian termasuk untuk operasi memadam kebakaran di kawasan tanah gambut.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad berkata demikian susulan dari kejadian kebakaran hutan tanah gambut di Kampung Pekajang, Gelang Patah baru-baru ini, yang berlanjutan selama 13 hari dipercayai kerana JBPM negeri tidak mempunyai kelengkapan yang bersesuaian.

“Dalam tinjauan sepanjang operasi JBPM, saya dapati terdapat beberapa peralatan yang tidak mencukupi, seperti All Terrain Vehicle (ATV) Motorcycle, Excavator dan High Volume High Pressure Water Pump,” kata Dzulkefly ketika dihubungi Johorkini.

Advertisement

Justeru, beliau memohon agar kerajaan pusat dapat mempertimbangkan permintaan Johor supaya peralatan-peralatan yang disebutnya itu dapat disediakan bagi membantu tugas JBPM.

Beliau juga memaklumkan kerajaan negeri akan mengenalpasti punca air di kawasan berpontensi yang boleh digunakan dalam keperluan operasi memadam kebakaran yang berlaku selepas ini.

“Tanah gambut adalah kawasan yang mudah terbakar apabila musim panas tiba terutama ketika pergerakan angin monsun Barat Daya.

Advertisement

“Kerajaan akan mengenal pasti langkah-langkah bagi mendapatkan sumber air atau punca air alternatif di kawasan berkenaan.

“Sekiranya tempat yang jauh dari kawasan punca air seperti sungai dan laut, kita akan mengenalpasti punca air seperti air bawah tanah untuk menjadi sumber JBPM mendapat bekalan untuk memadamkan kebakaran ataupun membina fire-breaker dalam bentuk parit berair,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly merakamkan penghargaan kepada JBPM serta semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam membantu memadamkan kebakaran yang berlaku di Kampung Pekajang baru-baru ini.

Advertisement

Selepas Kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya dan pejabat operasi ditutup secara rasmi pada Isnin 2 September.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top