JOHOR BAHRU, 18 JAN : Seramai 24 anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor ditempatkan di tiga plaza tol sempena Ops Selamat ke 16 bermula 18 Januari hingga 2 Febuari depan.
Pengarah JBPM Negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, plaza tol berkenaan adalah Plaza Tol Sedenak, Plaza Tol Yong Peng dan Plaza Tol Bukit Gambir.
“Seramai lapan anggota termasuk pegawai operasi bersama sebuah jentera dan satu unit kenderaan EMRS ditempatkan di setiap ketiga-tiga plaza tol berkenaan
“Kesemua mereka ini akan bersedia di plaza tol yang ditetapkan setiap masa.
“Fokus utama adalah kemalangan dan kebakaran kenderaan yang berlaku di lebuhraya dan jalan persekutuan berhampiran plaza tol,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, dalam masa sama anggota yang berada di balai turut bersedia sepanjang ops yang dijalankan sempena perayaan Tahun Baru Cina itu.
Johorkini