BM | EN | 中文

Bomba Johor kerjasama nelayan, tubuh unit khas musim tengkujuh

jbpm-kota-tinggi.jpg

Yahaya (dua, kiri) ketika hadir Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Disember 2019 JBPM Negeri Johor di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, hari ini

Advertisement

KOTA TINGGI, 29 DIS : Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor merancang bagi mewujudkan unit bomba bantuan khas musim tengkujuh yang terdiri di kalangan nelayan.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya telah menerima arahan untuk menubuhkan sukarelawan bomba itu seperti mana pasukan mencari dan menyelamat Gunung Kinabalu atau MoSAR yang ada di Sabah.

“Seperti MoSAR, mereka dilatih dan apabila bertugas mereka diberi elaun. Di Johor kita juga akan mewujudkan unit berkenaan khas untuk musim tengkujuh.

Advertisement

“Di mana kita akan utamakan nelayan-nelayan, mereka yang muda dan bertenaga. Kita maklum apabila musim tengkujuh para nelayan tidak boleh ke laut.

“Jadi kita akan latih mereka dan beri elaun. Tugasan mereka termasuklah memberi nasihat kepda orang ramai di pantai dan jika berlakunya kejadian lemas mereka ini boleh membantu memberi pertolongan awal sebelum kehadiran pihak bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Disember 2019 JBPM Negeri Johor di Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, unit yang namanya masih belum ditentukan lagi itu dijangka akan ditubuhkan pada tahun 2020.

Jelasnya, pihak JBPM Negeri Johor akan menghantar cadangan penubuhan unit itu kepada ibu pejabat dan akan memulakan latihan kepada mereka yang terlibat sebaik sahaja mendapat persetujuan.

“Jadi bila musim banjir mereka boleh lapor diri, kita akan bayar elaun mengikut jam. Kita juga akan beri uniform dan latihan.

Advertisement

“Memang kita sedang dalam usaha menubuhkannya. Bagaimanapun nama bomba itu kita belum jelas mungkin bomba di air, nanti kita akan bincang.

“Kita juga akan kenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dan mereka yang sesuai untuk dilatih sebagai unit bomba bantuan ini. Peralatan asas seperti pelampung, bot dan sebagainya juga akan diberikan,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top