BM | EN | 中文

Bomba Johor keluar 144 notis kepada pemilik premis

bomba-logo-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor telah mengeluarkan sebanyak 144 notis kepada pemilik premis yang gagal mengambil langkah pencegahan kebakaran sepanjang tahun lalu.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, majoriti pemilik premis itu adalah yang beroperasi di dalam pusat membeli belah.

Menurut beliau, sehubungan itu pihaknya akan mempergiatkan usaha dengan memeriksa premis perniagaan bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang.

Advertisement

“Antara kesalahan dikesan adalah menghalang pili bomba dengan meletakkan barang, laluan kecemasan terhalang dan alat pemadam api tidak berfungsi.

“Pada 2018 sebanyak 1,294 premis telah diperiksa dengan 267 notis dikeluarkan. Pada tahun lalu, kita juga memeriksa 1,294 premis namun hanya 144 notis dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2020 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Johor, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, JBPM Johor telah meletakkan seramai 1,270 pegawai dan anggotanya dalam keadaan bersiap siaga sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

“Selain itu, kami juga sudah bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kemarau ekoran perubahan cuaca semasa,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top