BM | EN | 中文

Bomba Johor hantar lapan anggota bantu ketibaan pulang rakyat Malaysia dari China

ketua-polis.jpg

Yahaya memeriksa barisan pada Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 di Ibu Pejabat JBPM negeri Johor, hari ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB : Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor menghantar lapan anggota dari Pasukan Khas Hazmat dan Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear serta Letupan Nuklear (CBRNe) ke Putrajaya untuk membantu ketibaan pulang rakyat Malaysia dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JBPM negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, pasukan itu diketuai seorang pegawai kanan juga terdiri daripada anggota berbangsa Cina dan wanita yang mana telah berlepas pada semalam.

“Pihak kita, unit Pasukan Khas Hazmat dan CBRNe juga telah diarah bersiap sedia susulan novel koronavirus yang melanda pada masa ini.

Advertisement

“Setakat ini, ada lapan orang diketuai pegawai kanan berlepas ke Putrajaya untuk bantu ketibaan pulang rakyat Malaysia.

“Saya tidak berapa pasti peringkat kebangsaan berapa ramai terlibat tetapi Johor kita hantar lapan orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media sempena Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2020 di Ibu Pejabat JBPM negeri Johor, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, semua yang dihantar adalah terdiri daripada pegawai terlatih yang mempunyai kemahiran menangani CBRNe dan hazmat.

Jelasnya, meskipun JBPM bukanlah agensi utama dalam operasi berkenaan, namun jika ada keperluan sebagai sebuah pasukan bantuan pihaknya akan menuruti apa sahaja perancangan dari ibu pejabat.

“Di peringkat Johor sekiranya diperlukan kita akan beri kerjasama. Semalam ada mesyuarat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan persiapan di Johor dan kita di jabatan bomba sedia membantu bila-bila masa sahaja,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top