BM | EN | 中文

Bomba Johor bekukan cuti anggota jika berlaku banjir

BOMBA-PENYELAMAT-1024x479.jpg

JOHOR BAHRU, 29 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor sedia membekukan cuti 1,287 anggotanya sekiranya banjir berlaku di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, seramai 420 anggota bomba bantuan dan 25 pasukan bomba sukarela turut diletakkan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir susulan luruan monsun.

Beliau berkata, aset termasuk bot penyelamat juga sudah digerakkan di kawasan yang dijangka dinaiki air termasuk Kota Tinggi, Batu Pahat, Muar dan Segamat.

“Fokus turut diberikan kepada kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir namun berpotensi banjir, antaranya ialah Iskandar Puteri, Kempas dan bandar raya Johor Bahru.

“Ini kerana kawasan berkenaan dilanda banjir kilat sebelum ini susulan kedudukannya sungai atau terletak di kawasan rendah,” katanya di sini pada Selasa.

Terdahulu, Yahaya dilaporkan Sinar Harian menasihatkan penduduk agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau sebarang perubahan cuaca yang dilihat tidak menentu sejak kebelakangan ini.

“Langkah berjaga-jaga ini penting bagi membolehkan penduduk bersedia sekiranya berlaku fenomena hujan lebat yang boleh mengakibatkan kejadian banjir dengan cepat seperti berlaku di Selangor baru-baru ini.

“Penduduk perlu sentiasa bersedia dan memberi kerjasama sebaiknya kepada agensi berkaitan sekiranya diarahkan untuk mengosongkan premis mereka,” kata beliau.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top