BM | EN | 中文

Bomba berjaya pujuk lelaki mahu terjun jambatan

bomba-logo-01-scaled.jpg
Advertisement

MUAR, 21 FEB: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang cuba untuk terjun jambatan kedua Muar di sini berjaya diselamatkan setelah dipujuk pihak bomba.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba I, Zuraimi Harun berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar menerima aduan mengenai cubaan bunuh diri itu pada jam 2 petang di Pasar Awam Muar.

Katanya, susulan itu sebuah jentera, satu kenderaan EMRS, dua unit motosikal bomba dengan kekuatan 13 anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan keluaran operasi di lokasi kejadian, didapati lelaki tersebut berdiri di jambatan pada ketinggian lebih kurang 300 meter dari atas air.

“Setelah berjaya dipujuk, lelaki tersebut diserahkan kepada ahli keluarganya,”katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 2.17 petang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top