BATU PAHAT, 21 DIS: Penderitaan seorang lelaki yang terpaksa menanggung kesakitan di jarinya akibat kerosakan cincin berakhir apabila mangsa mendapatkan bantuan daripada anggota bomba.

Keadaan jari mangsa selepas bomba membantu memotong cincin yang rosak
Mangsa yang merupakan seorang warganegara Indonesia, Dobi Santika, 25, mengalami kecederaan itu ketika sedang bekerja.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Noor Rashid Mohd Tugirin berkata, mangsa datang sendiri ke balai bomba pada jam 10.35 pagi, hari ini.
“Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan itu ketika sedang menurunkan kayu daripada sebuah lori.
“Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong cincin tersebut sebelum mangsa mendapatkan rawatan lanjut di klinik berhampiran,” katanya.
Johorkini.