BM | EN | 中文

Bomba bantu dua beradik termasuk OKU pindah ke PPS Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas

OKU-pindah-ke-PPS-Kampung-Melayu-Raya-Pekan-Nanas.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Dua beradik lelaki termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas dekat Pontian, malam tadi, berikutan banjir kilat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas Pegawai Bomba Kanan II Hairon Nizam berkata Katnoh Jabar, 56, yang tidak boleh berjalan akibat lumpuh dan adik lelakinya yang berumur 30 tahun dipindahkan kira-kira 9 malam selepas kediaman mereka di Jalan Kenanga, Kampung Paya Embun, dinaiki air.

“Banjir di kampung berkenaan berlaku susulan hujan lebat berterusan selama tiga hingga empat jam yang mengakibatkan air naik setinggi kira-kira 0.6 meter.

Advertisement

“Setakat ini, seramai 29 penduduk daripada sembilan keluarga dari Kampung Melayu Raya dan Kampung Paya Embun, Pontian ditempatkan di PPS itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, di Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, seramai 25 orang daripada lima keluarga di Kampung Baru Sungai Emas dipindahkan ke PPS di balai raya kampung tersebut, akibat banjir kilat, kira-kira 1 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa terdiri daripada enam lelaki, enam wanita, dua lelaki warga emas, enam kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan serta dua bayi lelaki.

Advertisement

“Hujan berterusan selama lebih kurang tiga atau empat jam, mengakibatkan banjir kilat dan paras air sungai berdekatan naik kira-kira 1.2 meter,” menurut kenyataan itu.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top