BM | EN | 中文

Bom tangan ditemui di Skudai, dimusnahkan UPB

Bom-tangan-ditemui-di-Skudai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JAN: Sebutir bom lama jenis ‘hand grenade’ yang berada dalam keadaan berkarat ditemui orang awam di pangkal sebatang pokok di tepi jalan sekitar Taman Universiti, Skudai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan objek itu pada pukul 11 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati bom berkenaan merupakan bom lama jenis hand grenade PRB 36 yang berukuran panjang 4.5 inci dan ukur lilit lapan inci.

Advertisement

Menurutnya, susulan daripada itu tindakan pemusnahan dilakukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada 5 petang.

“Bom berkenaan dimusnahkan dengan teknik ‘high order’. Ia dijalankan tanpa ada sebarang insiden berlaku sama ada melibatkan kehilangan nyawa ataupun kerosakan harta benda,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Rupiah dilaporkan Bernama sebagai berkata setakat ini tiada motif dan ancaman jenayah dilaporkan susulan penemuan bom berkenaan.

Advertisement

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang menjumpai sebarang objek seperti bom atau bahan letupan supaya tidak menyentuh atau mengalihkannya.

“Sekiranya menjumpai objek seperti itu, orang ramai hendaklah dengan kadar segera melaporkan penemuan objek tersebut ke balai polis berhampiran,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top