BM | EN | 中文

Bom lama dijumpai dalam ladang sawit di Kulai

Jumpa-bom-lama-dalam-ladang-sawit-Kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 5 APR: Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai memusnahkan bom lama di kawasan ladang kelapa sawit, Felda Taib Andak, di sini, Ahad lalu.

IPK menerusi satu hantaran dalam Facebook Polis Johor memberitahu, bom Unexploded Ordnance (UXO) jenis Artillery Shell85 mm dan Artillery Shell Impact Fuse UXO dimusnakan pada jam 3 petang.

Bom berkenaan ditemui oleh penyelia ladang, Syafiq Mahad ketika melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menghubungi Pondok Polis Felda Taib Andak untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Menurut kenyataan IPK Johr, objek tersebut sudah berkarat dan dipenuhi tanah.

“Ketika UPB IPK Johor menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama, satu lagi objek disyaki UXO dijumpai sekitar 25 meter dari lokasi penemuan pertama.

Terdaulu SH Online melaporkan, tindakan pemusnahan UXO dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik ‘high order’ melalui kaedah elektrik.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top