MUAR, 7 NOV: Apakah pengeluaran simpanan KWSP sendiri boleh dianggap sebagai bantuan, demikian persoalan dibangkitkan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.
Perkara itu dinyatakan Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Mansor Abu Hamid berhubung pengumuman kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan dari akaun 1 sebanyak RM500 selama 12 bulan.

Muhammad Mansor Abu Hamid
Beliau ketika dihubungi berkata Belanjawan 2021 kali ini dilihat meminggirkan belia yang berhadapan dengan masalah ekonomi.
“Yang pasti belia terus terpinggir dalam belanjawan tersebut.
“Seperti yang kita maklum, pengumuman untuk pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 sebulan bermula Januari 2021 tidak memberikan sebarang kesan positif kepada belia.
“Apakah dengan mengeluarkan simpanan sendiri dari KWSP boleh dianggaps sebagai bantuan? katanya ketika dihubungi.
Mansor berkata, seharusnya kerajaan mewujudkan program peningkatan atau pembangunan kemahiran melalui permintaan perkerjaan di negara ini.
Ia katanya secara langsung mampu untuk membantu belia tersebut mengisi kekosongan kemahiran yang diperlukan dalam pelbagai sektor sekaligus dapat menyelesaikan masalah ekonomi mereka.
“Ini kerana belia rata-ratanya yang bekerja secara kontrak belum cukup simpanan dalam tabungan KWSP pasti tidak akan dapat merasai kesan baik dari pengumuman tersebut.
“Selain itu permintaan untuk melanjutkan moratorium kepada peminjam turut tidak mendapat respon dari kerajaan dan diberikan secara bersasar.
“Bagaimana belia yang tiada punca pendapatan mampu membayar hutang mereka? kata Mansor.
Johorkini