BM | EN | 中文

Boleh contohi UK, beri vaksin di masjid, surau

masjid-uk-vaksin.png

Gambar Ehsan Al-Jazeera

Advertisement

KLUANG, 4 JUN: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan agar masjid dan surau dijadikan salah satu lokasi pemberian vaksin, sebagaimana dilakukan di United Kingdom.

Katanya perkara itu telah dicadangkannya dalam mesyuarat dengan Pejabat Daerah Kluang.

“Ramai penduduk kampung berasa ragu-ragu dan tidak rela menerima vaksin. Selain itu, tidak menerima maklumat dan berita yang sahih berkenaan vaksin juga adalah salah satu sebab mereka enggan divaksin.

Advertisement

“Di London United Kingdom, Nuru Mohammed, imam masjid, mengatakan idea untuk mengubah ruang masjid menjadi klinik adalah untuk membantu orang-orang yang tidak “diberitahu” mengenai kempen vaksinasi, di tengah-tengah ketakutan dan maklumat palsu yang telah tersebar di kalangan masyarakat Muslim,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, beberapa kajian di UK menunjukkan keraguan vaksin lebih banyak berlaku di kalangan orang-orang dari latar belakang etnik minoriti, takut menerima vaksin disebabkan ketidakpercayaan terhadap sistem kesihatan.

“Walau bagaimanapun, setelah pemberian vaksin dilakukan di masjid tersebut, ramai penduduk lebih positif dan lebih terbuka untuk menerima suntikan vaksin.

Advertisement

“Cadangan ini dapat meningkatkan kadar pendaftaran vaksin di Kluang dengan kerjasama pihak masjid dan surau, kita dapat meningkatkan keyakinan dan agar penduduk lebih selesa untuk mendapatkan vaksin,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top