BM | EN | 中文

BOIKOT BOLEH ROSAKKAN EKONOMI NEGARA – SALAHUDDIN

salahuddin-ayub-boikot.jpg

JOHOR BAHRU, 14 SEPT: : Kempen memboikot-memboikot akan merosakkan ekonomi negara dan mendorong permusuhan antara rakyat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata para pengguna tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian dan harus berfikir panjang tentang kesan boikot kepada negara dan rakyat.

“Saya sebagai menteri pertanian mengalakkan rakyat untuk menanam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ada orang Cina tanam durian, ada orang Melayu tanam durian, ada orang India tanam sayur-sayuran.

“Cuba bayangkan kalau kita (orang Islam) setuju boikot barangan bukan Muslim, macam mana kalau kita tanam durian, orang Cina tidak beli? Macam mana kalau nelayan kita tangkap ikan tetapi orang India tidak beli? Apa akan terjadi kepada negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Karnival Perayaan Kuih Bulan 2019 anjuran Persatuan Kebudayaan Qiong Min Khek Chow Yek Johor Bahru di Bukit Indah, di sini malam tadi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata gerakan yang cuba dibuat oleh beberapa pihak adalah sangat salah kerana ia akan menganggu keharmonian antara kaum dan merosakkan perniagaan di negara ini.

“Baru-baru ini ada kempen yang cuba untuk memboikot barangan bukan Muslim. Mereka mengajak supaya kita (orang Islam) beli barangan dari orang Islam sahaja.

“Orang Islam memang perlukan barangan makanan halal, tetapi kita tidak boleh boikot (barangan bukan Muslim), itu tindakan yang salah,”

Beliau juga menegaskan jika perkara ini berterusan, kesannya rakyat akan saling bermusuhan selain merosakkan ekonomi, perniagaan serta kerharmonian negara.

Baru-baru ini, beberapa pihak telah menyeru orang Islam agar memboikot produk bukan Muslim terutamanya di media sosial.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top