BM | EN | 中文

BN TAWAN SEMULA PARLIMEN TANJUNG PIAI

IMG-20191116-WA0060.jpg
Advertisement

PONTIAN, 16 NOV: Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA) menang selepas meraih 25,466 undi menewaskan lima lagi pencabarnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kali ini.

Jeck Seng, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, yang memperolehi 10,380 undi sementara calon Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 dan calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) (850 undi).

Manakala, bagi dua calon bebas Dr Ang Chun Lok meraih 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar meraih 32 undi.

Advertisement

Namun, kemenangan calon BN pada PRK kali ini menyaksikan majoriti undi lebih iaitu 15,086 undi berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang lalu.

Keputusan rasmi PRK Parlimen Tanjung Piai itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai Zulkifly Mohd Tahir di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

PRK kali ini turut menunjukkan peratusan keluar mengundi 74.43 peratus daripada 52,471 jumlah pemilih berdaftar.

Advertisement

Manakala undi ditolak ialah 595.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung.

Anak jati kelahiran Pontian, Jeck Seng, 55 dilahirkan pada 20 April 1964 memulakan  karier politiknya dengan menyertai MCA pada tahun 1989 sebelum bertanding kerusi DUN Pekan Nanas dan menang dengan mengalahkan Tan Hang Meng (DAP) Pada PRU-11, Mac 2004.

Advertisement

Pada PRU-12 beliau menang sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai dengan mengalahkan Ahmad Ton (DAP) dengan majoriti 12,371 undi.

Beliau kemudiannya kekal menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai untuk penggal kedua setelah berjaya menewaskan Mahdzir Ibrahim (DAP) dengan majoriti 5,457 undi sebelum tewas kepada Dr Md Farid (PH-Bersatu) pada PRU-14 dengan majoriti undi 524.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top