BM | EN | 中文

BN, Parti Cinta Sabah tak sertai PRK Batu Sapi

BN-zahid-hamidi.jpg
Advertisement

KOTA KINABALU, 9 OKT: Barisan Nasional (BN) dan Parti Cinta Sabah (PCS) memutuskan tidak menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata kes baru Covid-19 melonjak selepas PRN Sabah hingga mendorong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri itu.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

Advertisement

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Setiausaha Agung PCS, Ansari Abdullah pula berkata nyawa dan keselamatan rakyat mengatasi segala pertimbangan politik.

“Sabah sedang dilanda jangkitan virus Covid-19 yang amat teruk dan adalah jelas SOP yang dikeluarkan oleh KKM untuk PRN16 telah gagal membendung penularan virus tersebut..

Advertisement

“Sabah tidak mampu dan berupaya lagi untuk menanggung satu penularan virus Covid-19 baru jika ada proses kempen dan pilihan raya kecil di Batu Sapi,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya BN dan Perikatan Nasional tidak bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Katanya, ia mengambil kira kegawatan penularan pandemik Covid-19 yang makin meluas di negeri Sabah hingga boleh mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.

Advertisement

Terdahulu, veteran DAP Lim Kit Siang turut mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dan BN memberi laluan kepada Warisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Sejumlah pengundi, pekerja pilihan raya, juru kempen, calon dan pemimpin politik dijangkiti Covid-19 setelah pilihan raya negeri.

Terdapat banyak kes Covid-19 di luar Sabah dikaitkan dengan perjalanan di negeri ini sejak 20 September.

Advertisement

Ia turut menimbulkan kluster jangkitan baru di Sabah dan di negeri-negeri di semenanjung.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top