BM | EN | 中文

BN menang PRK Chini

prk-dun-chini-pahang.png
Advertisement

PEKAN, 5 JUL: BN menang dalam pilihan raya kecil Chini mengalahkan dua calon bebas.

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain meraih 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 pemilih berdaftar yang keluar mengundi di kerusi DUN itu semalam.

Parti pembangkang tidak mengambil bahagian dalam PRK yang diadakan ketika wabak Covid-19 yang menyaksikan SOP batasan berkempen.

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan keluar mengundi semalam sebanyak 73.87 peratus dengan 239 undi rosak.

Calon bebas PRK Chini Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli masing-masing mendapat 1,222 dan 137 undi.

Tengku Zainul merupakan bekas timbalan ketua Bersatu Bahagian Pekan yang secara automatik dipecat kerana melanggar arahan partinya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini.

Advertisement

PRK Chini adalah yang ke-11 selepas pilihanraya umum ke-14 dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.

PRK ini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top