BM | EN | 中文

BN Johor tanding semua kerusi dimenangi, termasuk tiga DUN milik Bersatu

Rosleli-Jahari-Johor-Lama-Alwiyah-Talib-Endau-Rasman-Ithnain-Sedili.png

ADUN Sedili, Rasman Ithnain; ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari dan ADUN Endau, Alwiyah Talib

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 OGOS: Umno dan BN Johor akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di semua 19 kerusi yang telah dimenanginya sebelum ini, kata Menteri Besar, Hasni Mohammad.

Hasni berkata dia tidak akan ‘memberi muka’ kepada parti lain untuk bertanding di 19 kerusi yang dimenangi BN pada PRU akan datang.

Hasni merujuk kepada tiga kawasan yang dimenangi BN dalam PRU ke-14 iaitu Johor Lama, Sedili dan Endau.

Advertisement

Tiga Adun BN di Johor iaitu Rosleli Jahari (Johor Lama), Rasman Ithnain (Sedili) dan Alwiyah Talib (Endau) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu selepas kekalahan BN pada PRU lalu.

“…kerusi-kerusi menang yang ditandingi BN sebelum ini akan terus ditandingi wakil kita.

“Termasuk juga kerusi kita menang tetapi berpindah ke parti lain, susah kita nak berkompromi soal itu,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Advertisement

Pada PRU ke-14, BN tewas di 37 kerusi daripada 56 kawasan yang ditandingi wakil Umno, MIC dan MCA termasuk kekalahan beberapa pemimpin kanan parti seperti bekas menteri besar, Khaled Nordin.

Umno kini hanya memiliki 14 kerusi DUN, manakala MIC masih memiliki dua kerusi. Bersatu pula memiliki 12 kerusi, PAS 1 kerusi dan Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi.

Umno Johor berjaya merebut kembali tampuk pentadbiran kerajaan negeri berikutan krisis politik akibat ‘Langkah Sheraton’ pada tahun lalu.

Advertisement

Hasni mengambil alih jawatan menteri besar daripada Sahruddin Jamal dari Bersatu yang sebelum itu menggantikan Osman Sapian.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top