BM | EN | 中文

Bincang isu dalaman PH, pemuda Amanah Johor sedia jadi ‘orang tengah’

Mohamad-Najib-Daud-Amanah-Johor.jpg

Mohamad Najib Daud

Advertisement

PONTIAN, 17 NOV: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menawarkan diri untuk menjadi ‘orang tengah’ bagi membincangkan isu-su berbangkit di kalangan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Perkara itu disuarakan pengarah pilihanraya pemuda Amanah Johor, Mohamad Najib Daud bahawa sayap tu bersedia untuk menjadi ejen penyatu dalam perkara yang berbangkit dalam komponen PH.

Katanya pada PRU 14 yang lalu, kemenangan PH adalah disebabkan kekuatan perpaduan dan penyatuan yang jitu di kalangan komponen sehingga meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka.

Advertisement

“Pemuda Amanah bersedia menjadi ‘pelekat’ bagi menyatukan mana-mana pihak yang salah faham dalam membincangkan kesinambungan perjuangan PH.

“Pemuda mempelawa semua pihak untuk tampil bersama-sama dengan pihak kami dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit.

“Kita perlu kuat dan pemimpin di kalangan parti perlu menyedarkan ahli-ahlinya berkenaan dengan hal yang berbangkit tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan yang berlaku di kalangan ahli yang gemar memainkan isu sensitif serta mempertikaikan antara satu sama lain dan mengeruhkan keadaan.

Tambahnya lagi, perkara tersebut dilihat akan meruntuhkan semangat dan harapan rakyat yang ingin melihat kewibawaan PH berhadapan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Bulatkan matlamat dengan menumpukan kepada lawan yang satu, iaitu PN bukan mencari salah dan silap komponen sesama kita (PH).

Advertisement

“Kerja keras perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil yang baik dalam memenangi semula hati rakyat.

“Pelbagai kaedah perlu dijalankan dan diusahakan dalam memperolehi semula mandat rakyat yang diberikan kepada kita,” tegasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top