BM | EN | 中文

Bincang dengan semua pihak, speaker DUN cadang Muhyiddin ikut langkah Johor

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUN: Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat hari ini menyarankan Putrajaya mengambil langkah seperti dilakukan Johor untuk berbincang dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah pandemik Covid-19 dan ekonomi negara.

Katanya, cadangan itu pernah disuarakan DYMM Sultan Johor sebelum ini dan disambut baik semua pihak negeri ini untuk berbincang demi kebaikan bersama.

“Boleh mengambil langkah yang sama seperti mana negeri Johor lakukan melalui titah DYMM Tuanku Sultan Johor.

Advertisement

“Baginda sebelum ini mencadangkan agar ahli parlimen dan Adun semua parti berbincang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

“Turut disentuh dalam pertemuan tersebut berhubung isu keselamatan, kesihatan, ekonomi dan sosial rakyat yang terkesan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Selain itu juga, keprihatinan terhadap warganegara pekerja di luar negara khususnya rakyat Johor di Singapura turut disebut dalam pertemuan berkenaan.

Advertisement

“Pertemuan itu membuktikan kemampuan untuk membincangkan semua perkara.

“Ia dihadiri oleh hampir kesemua ahli parlimen dan Adun secara atas talian. Ini menunjukkan bahawa perkara ini boleh dilakukan di peringkat pusat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mengajak semua pihak menolak seketika pendirian parti demi kesejahteraan rakyat di negara ini khususnya dalam berhadapan saat yang genting seperti hari ini.

Advertisement

Suhaizan berharap keterbukaan semua pihak seperti yang berlaku di Johor dapat diterjemahkan di peringkat pusat.

“Sekiranya darurat dilaksanakan dan menyebabkan peranan legislatif menjadi terhad, tidak salah sekiranya ia dibuka semula kepada perbincangan sahaja. Ia demi mencari titik penyelesaian bagi semua pihak berhadapan masalah yang dialami hari ini.

“Saya melihat perkara ini boleh dilaksanakan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top