BM | EN | 中文

“Bina pusat pelupusan sampah Bukit Payung atas laluan air bercanggah syarat” – NGO

air-terjun-bukit-payung-batu-pahat-johor.jpg

Air terjun di Bukit Payung, Batu Pahat

Advertisement

BATU PAHAT, 7 OGOS: Sekiranya kajian asal kesan alam sekitar dan sosial dijadikan panduan, cadangan pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal di Bukit Payung telah melanggar syarat.

Wakil Persatuan Alam Warisan Bukit Payung, Eli@Abu Bakar Azmi berkata, antara pelanggaran itu ialah kerana tapak itu dibina di atas laluan air.

“Ikut kajian asal ada banyak pelanggaran syarat. Antara yang jelas ialah membina tapak pelupusan sampah di atas terusan (laluan air).

Advertisement

“Yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar ialah 500 meter dari terusan atau anak sungai.

“Sedangkan tapak pelupusan sampah Bukit Payung dibina betul-betul di atas terusan air terjun Bukit Payung.

“Itu pelanggaran syarat yang jelas. Takkan kerajaan nak langgar syarat ini? kata Abu Bakar kepada Johorkini.

Advertisement

Dalam satu kenyataan berasingan Gerakan Selamatkan Bukit Payung (GSBP) berkata, pihaknya telah menerima hujah bantahan dari kerajaan negeri Johor berhubung sebab pemilihan kawasan itu sebagai tapak pelupusan sisa pepejal.

Panorama dari puncak Bukit Payung, Batu Pahat/Muar (Gambar Ehsan FB Akmal Leeya)

“Permohonan semakan kehakiman lewat dikemukakan pihak kerajaan.

“Seharusnya sampai di tangan kami pada 29 Julai, tetapi ditangguh sesuka hati selama lima hari, mencerminkan sikap berlengah-lengah dan menunda-nunda.

Advertisement

“Bagaimanapun, kami tetap tenang untuk mengetahui apa alasan sebenar pihak kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan tapak pelupusan,” kenyataan GSBP dipetik.

Tambah kenyataan itu lagi bantahan pihak kerajaan adalah atas dasar teknikal semata-mata dan pihak GSBP tiada masalah untuk mengemukakan hujah balas.

“Melalui peguam kita, kita yakin ianya dapat disampaikan dengan jelas.

Advertisement

“Melalui sistem kehakiman, kita percaya pelaksanaan undang-undang negara bersikap adil,” tambah GSBP.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2 Ogos mengeluarkan tawaran tender bagi pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal ‘Waste To Energy’ di Bukit Payung, Batu Pahat.

Tawaran ‘Projek Waste To Energy (WTE) di Bukit Payong, Batu Pahat, Johor Secara Kerjasama Awam Swasta’ dikeluarkan Jabatan Penguruan Sisa Pepejal Negara dan KPKT.

Advertisement

Dokumen itu turut menyatakan tarikh pendaftaran bagi mendapatkan maklumat tender iaitu pada 10 Ogos 2020 (Isnin) dari jam 10 pagi hingga 11 pagi bertempat di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Batu Pahat, Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top