BM | EN | 中文

Bimbang dimarahi selipar hilang, kanak-kanak dakwa diculik di Permas Jaya

pdrm-polis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 NOV: Bimbang dimarahi ibu bapa setelah seliparnya hilang, seorang kanak-kanak lelaki mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali, dalam kejadian di Permas Jaya di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata polis menerima laporan daripada seorang wanita berketurunan Orang Asli kira-kira 5 petang, yang mendakwa anaknya berusia 11 tahun itu hilang setelah pergi ke sebuah kedai runcit bersama pasangan kembarnya.

Beliau berkata wanita itu memberitahu anaknya telah memasuki kedai itu manakala seorang lagi berada di luar kedai, namun selesai membeli barang anaknya mendapati pasangan kembarnya tiada di luar kedai lalu pulang ke rumah dan mengadu kepada ibunya tentang kehilangan itu.

Advertisement

“Susulan kejadian, wanita tersebut mengambil keputusan mencari anaknya di sekitar kawasan perumahan bagaimanapun gaga! menemuinya.

“Laporan polis dibuat setelah hampir dua jam kehilangan anaknya, namun beberapa ketika anaknya memberitahu kembarnya telah dijumpai orang awam dalam keadaan balk dan selamat,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Jelas Raub, kanak-kanak yang dilaporkan hilang itu dijumpai dua kilometer dari lokasi kejadian dan mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki tidak dikenali yang memakai topeng ninja dan dibawa ke sebuah rumah, namun dia berjaya melarikan did.

Advertisement

Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut terhadap kanak-kanak tersebut mendapati dia sebenarnya telah bermain “kejar-kejar” dengan sorang budak lelaki lain sehingga kehilangan selipar.

Dia yang bimbang dimarahi oleh ibu bapanya, telah mendakwa dirinya dibawa lari, jelas Raub.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagal tiada tindakan lanjut (NFA) setelah mendapati kes ini tiada unsur jenayah.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top