BM | EN | 中文

Bilik Gerakan MKN Johor terima 80-100 panggilan sehari

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menerima panggilan di antara 80 hingga 100 panggilan sehari.

Menurutnya, Bilik Gerakan MKN Johor berperanan menyelaras pertanyaan dan aduan daripada orang awam khususnya rakyat negeri Johor mengenai isu-isu semasa yang berlaku sepanjang masa PKP dilaksanakan.

“Bilik Gerakan ini berfungsi menyusun atur dan menyelaras gerak kerja dan pelaksanaan PKP.

Advertisement

“Tidak kurang juga pertanyaan yang diterima daripada negeri-negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, panggilan yang diterima adalah berkisar mengenai isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan PKP antaranya pergerakan terhad, pengoperasian perniagaan, masalah peribadi dan pergerakan melalui pintu masuk Malaysia dan Singapura.

“Selain itu, pertanyaan juga berhubung pergerakan antara negeri, isu pergerakan pelajar di IPTA dan IPTS dan lain-lain pertanyaan,” kata beliau yang juga Adun Kahang.

Advertisement

Bilik Gerakan MKN Johor telah mula beroperasi mulai bulan Februari 2020 apabila bermulanya kes Covid-19 dikesan di negeri Johor.

Ia beroperasi 24 jam setiap hari mulai 18 Mac 2020 sebaik PKP dikuatkuasakan boleh dihubungi melalui 2 talian utama iaitu 07-2908007 dan 07-2908008.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top