BM | EN | 中文

BILANGAN MANGSA BANJIR DI JOHOR BERKURANGAN

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Bilangan mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan penurunan kepada 7,944 setakat 12 tengahari tadi berbanding 8,527 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, mangsa yang terdiri daripada 2,170 keluarga daripada lapan daerah di Johor ditempatkan di 87 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Setakat ini, 15 PPS di Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Muar, Johor Bahru, Segamat dan Mersing di tutup,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, di sini.

Advertisement

Kenyataan itu turut memaklumkan setakat 12 tengahari ini, seramai 2,624 mangsa terjejas di Kluang, (1,872) di Kota Tinggi, (1,331) di Segamat, (1,145) di Mersing, (569) di Johor Bahru, (212) di Pontian, (100) di Kulai dan (91) di Batu Pahat.

“Kesemua mangsa-mangsa yang terjejas masih ditempatkan di PPS di daerah masing-masin, sementara enam jalan di Kota Tinggi dan Mersing masih terputus hubungan akibat banjir dan kejadian tanah runtuh.

“Ini termasuklah Jalan Telok Arong di daerah Mersing yang dibuka hanya untuk satu laluan bagi kenderaan ringan akibat terjejas dengan tanah runtuh dan satu jalan di FT 003 Mersing – Johor Bahru di tutup akibat terjejas dengan banjir di daerah itu,” katanya.

Advertisement

Tambahnya manakala empat jalan di daerah Kota Tinggi yang masih ditutup akibat banjir adalah di Kubu Lama (KM59 Jalan Johor Bahru – Mersing), Ladang Risda (KM80 Jalan Johor Bahru – Mersing), 500m dari Simpang Balai Mawai (KM42 Jalan Lok Heng – Mawai) dan Simpang Tunjuk Laut (Jalan Kota Tinggi – Mersing)

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top