BM | EN | 中文

Bila PPV di Johor mahu laksana vaksinasi walk-in untuk warga emas? – Adun Jementah

Bila-PPV-di-Johor-mahu-laksana-vaksinasi-walk-in-untuk-warga-emas-Adun-Jementah.jpg

Tan Chen Choon mengedarkan cecair pensanitasi kepada para peniaga di Segamat

Advertisement

SEGAMAT, 18 JUL: Adun Jementah, Tan Chen Choon berharap warga emas di Johor yang belum menerima vaksin boleh mendapatkan suntikan secara walk-in tanpa memerlukan janji temu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor.

Tan berkata, pemberian vaksin secara walk-in di PPV kepada warga emas yang belum menerima janji temu vaksinasi telah dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai semalam.

“Saya berharap agar langkah tersebut juga bakal dilaksanakan di Johor dalam masa terdekat,” kata Tan dalam kenyatannya hari ini.

Advertisement

Beliau merujuk laporan vaksinasi Covid-19 di Johor sehingga 11 Julai 2021, bahawa pendaftaran vaksinasi warga emas di negeri ialah 428,700 orang.

“Akan tetapi, kumulatif penerima warga emas masih rendah iaitu 289,530 orang atau 67.5 peratus saja.

“Lebih-lebih lagi, jumlah vaksin diberi kepada warga emas di daerah Kulai dan Johor Bahru adalah paling rendah berbanding daerah lain di Johor dengan 66 peratus dan 46.6 peratus masing-masing,” katanya.

Advertisement

Beliau turut berpendapat kerajaan harus mengambil inisiatif “vaksin dulu, daftar kemudian” di seluruh Malaysia susulan pertambahan bekalan vaksin yang tiba di Malaysia mulai bulan ini bagi mempercepatkan kadar vaksinasi warga emas.

Katanya walaupun pemberian vaksin fasa kedua untuk warga emas berumur 60 tahun keatas dan golongan berisiko tinggi telah dilaksanakan hampir tiga bulan, tetapi masih ramai warga emas belum menerima janji temu vaksinasi walaupun telah lama berdaftar.

Anehnya kata Tan, dalam situasi begini katanya kerajaan memulakan pemberian vaksin fasa ketiga untuk penduduk berumur 18 tahun ke atas secara berperingkat.

Advertisement

“Langkah ini adalah tidak adil kepada warga emas,” ujarnya lagi.

Ujarnya, masih ramai warga emas meminta bantuan untuk mendapatkan janji temu vaksinasi dan pihaknya menerima aduan penerima yang lebih muda telah lengkap dua dos vaksin berbanding warg emas yang masih tertunggu-tunggu janji temu vaksinasi.

“Saya menyeru agar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan mengikut kategori umur penerima.

Advertisement

“Berilah laluan khas kepada warga emas yang belum menerima vaksin untuk mendapatkan suntikan di mana-mana PPV secara walk-in,” katanya.

Terdahulu, Tan mengagihkan cecair pensanitasi kepada peniaga dan penjaja di pasar awam, kedai makanan dan gerai penjaja bergerak di Jementah, Kg Baru Abdullah dan Segamat semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top