JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan parlimen turut dibubarkan sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan.
Najib dalam satu catatannya di laman facebook beliau semalam berkata, pilihanraya negeri (PRN) Johor dan Sabah boleh diadakan serentak.
“Bila DUN Johor bubar, saya rasa ianya lebih elok parlimen juga dibubarkan supaya kita boleh laksanakan pilihanraya serentak dengan PRN Johor.
“Ada peluang boleh dilaksanakan serentak dengan PRN Sabah juga. Negeri-negeri lain turut ikut,” kata Najib.
Ahli parlimen Pekan itu juga menyindir bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa dengan gelaran ‘kekanda’ yang katanya akan kalah, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mahfuz Omar akan pencen, manakala Mukhriz Mahathir akan tewas di Kedah.
“Ramai lagi geng Amanah dan PH bakal hilang kerja,” katanya.
Najib turut berkata, sekiranya Pakatan Harapan (PH) Plus melanggar amaran Sultan dan ingin pilihanraya umum berlangsung serta merta untuk merebut kuasa di Johor.
“Kita di pihak BN tak sabar nak lawan pokok petai sekali lagi. Your move, PH Plus,” kata Najib lagi.
Kerajaan Johor pimpinan Perikatan Nasional (PN) kini dalam keadaan tidak menentu kerana kini PN memiliki 29 kerusi berbanding 27 kerusi dimiliki PH.
Sekiranya seorang Adun PN yang berpaling tadah, maka ia akan menyebabkan DUN yang digantung.
Sebelum ini, berikutan Langkah Sheraton pada bulan Februari, Sultan Ibrahim bertitah memberi amaran akan membubarkan DUN jika ada perebutan kuasa.
Johorkini