BM | EN | 中文

Bijak berbelanja, jangan buat pembelian panik – KPDNHEP Johor

Bijak-berbelanja-jangan-buat-pembelian-panik-KPDNHEP-Johor.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Pengguna di negeri ini diingatkan berbelanja secara bijak dan tidak melakukan pembelian panik berikutan kebimbangan terhadap kenaikan harga barang.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, bekalan barang keperluan mencukupi.

“Kita ada terima aduan harga ayam agak tinggi di Mersing dan Johor Bahru. Ada barang naik antara 5 hingga 10 peratus bergantung kepada barangan. Harga turun naik ini disebabkan pelbagai faktor antaranya kos penghantaran.

Advertisement

“Pengguna juga diminta membuat perbandingan harga terlebih dahulu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Peringkat Negeri Johor di Pasaraya Econsave Taman Daya, di sini Sabtu lalu.

Mohd Hairul juga mengingatkan peniaga sekitar bandar raya ini agar tidak menaikkan harga barangan jualan sesuka hati selepas pembukaan sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura melalui inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat.

Advertisement

Sementara itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam berkata, pihaknya yang bekerjasama dengan KDPNHEP Johor untuk program tersebut dapat menawarkan harga murah kerana semua bekalan terutama sayur diambil terus daripada pengusaha kebun atau ladang sayur.

“Harga barangan yang dijual di sini sekitar 15 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pada waktu biasa. Contoh harga ayam dijual RM7.99 sekilogram sahaja,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top