BM | EN | 中文

Biaya hingga RM2,500, pelajar IPT diseru mohon bantuan Zakat Selangor

MB-Selangor-Amirudin-Shari.jpg

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari (Gambar Ehsan Mukhriz Hazim)

SHAH ALAM, 29 JAN: Anak-anak Selangor yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) diseru memohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan itu khusus untuk penuntut universiti dalam dan luar negara yang boleh didaftar secara dalam talian.

“Anak-anak Selangor yang belajar di IPT dalam dan luar negara boleh memohon SPZAS di www.zakatselangor.com.my/spzas,” katanya, lapor SelangorKini.

Sumbangan sekali bayar itu boleh dimohon mulai 24 Januari hingga 20 Februari depan bawah peruntukan asnaf fisabilillah.

Pelajar yang menuntut dalam negara akan menerima RM700 manakala RM2,500 untuk penuntut luar negara dengan mematuhi syarat antaranya beragama Islam.

Kriteria lain seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Ketua keluarga/penjaga lahir di Selangor atau bermastautin dan menetap tidak kurang tiga tahun
3. Permohonan dibuka kepada pelajar semester dua dan ke atas bagi IPT dalam negara dan bidang pengajian Islam serta perubatan peringkat Sarjana Muda di Mesir, Jordan dan Maghribi
4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 bagi dalam negara dan RM7,000 untuk luar negara

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top