BM | EN | 中文

BIASISWA KERAJAAN JEPUN DIBUKA UNTUK WARGA MALAYSIA

jepun-.jpg
Advertisement

Kerajaan Jepun menerusi Kedutaan Jepun di Malaysia kini membuka peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk memohon biasiswa Monbukagakusho : MEXT bagi sesi pembelajaran tahun 2021.

Menariknya, biasiswa yang ditawarkan ini adalah meliputi tiket penerbangan pergi balik dan pengecualian yuran peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen. Biasiswa yang ditawarkan adalah sebanyak 117,000 yen bersamaan RM 4,000.00 elaun bulanan kepada mahasiswa  dan 143,000 yen atau bersamaan RM 5,000.00 untuk graduan lepasan ijazah.

Diantara syarat-syarat permohonan biasiswa ini adalah seperti berikut :

Advertisement
  1. Warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 25 tahun
  2. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia
  3. Tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
  4. Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)
  5. Matrikulasi dan Diploma adalah layak untuk memohon
  6. Menguasai Bahasa Inggeris atau Jepun dengan baik

Bagi pemegang ijazah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, pemohon mestilah berusia di bawah 35 tahun pada 1 April 2021 dan memiliki ijazah sarjana muda atau sarjana dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.4.

Peluang turut terbuka bagi penjawat awam di Malaysia dengan mengemukakan permohonan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semakan dan pertanyaan boleh diajukan menerusi laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau menghubungi Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan di talian 03-88853569 atau 03-88853371 atau penawarldp@jpa.gov.my

Borang permohonan serta maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh diakses menerusi laman web Kedutaan Jepun di Malaysia iaitu www.my.emb-japan.go.jp atau boleh menghubungi pejabat kedutaan di talian 03-2177 2600

Advertisement

Tarikh tamat permohonan adalah pada 3 April 2020, sebelum pukul 4 petang.

– JOHORKINI –

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top