BM | EN | 中文

Berterima kasih diberi sumbangan, harap diperluas

IMG-20191226-WA0006.jpg

Dr Sahruddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima

BATU PAHAT, 26 DIS: Kerajaan negeri diharap dapat memperluas lagi pemberian sumbangan khususnya kepada mangsa banjir ekoran masih ramai yang belum menerima sebarang sumbangan.

Harapan itu disuarakan salah seorang penerima sumbangan yang ditemui pada Program Jom Kembali Ke Sekolah Mangsa Bencana Banjir Peringkat Daerah Batu Pahat yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng, di sini hari ini.

Ab Rahim

Salah seorang penerima bantuan, Ab Rahim Khalid, 50, berkata, dia berasa bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan kerajaan negeri kepada mangsa banjir.

“Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih dengan sumbangan ini. Sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban dalam menyediakan kelengkapan persekolahan buat anak saya.

“Namun saya berharap sumbangan ini dapat diperluas lagi kerana ada beberapa kenalan saya yang juga merupakan mangsa banjir tidak menerimanya.

“Harapan saya adalah pada masa depan pemberian sumbangan seperti ini dapat mengambil kira faktor pengangkutan buat mangsa yang tidak dapat menghadiri program sumbangan seperti ini,” katanya.

Dia berkata demikian kepada JohorKini semasa ditemui pada program tersebut, hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Seorang lagi penerima, Nursaliza Abu Bakar, 39, turut mengucapkan syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan yang diberikan kepada keluarganya.

Suliza

“Sebelum banjir berlaku, kami telah membeli beberapa barangan keperluan sekolah. Mujur kelengkapan itu dapat diselamatkan daripada rosak kerana banjir.

“Saya tetap bersyukur kerana pemberian sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang menerimanya,” katanya yang terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir selama dua minggu sebelum ini.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top